Tuesday, June 9, 2009

PAS Ke Perjalanan Buntu Dan Penghancuran


Lokomotif Ke Arah Jalan Buntu Dan Ambang Neraka
(Dedikasi Kepada Bung Presiden & Jemaah Pimpinan PAS)

Sudah kedua-dua belah tapak tangan
Dipenuhi burung-burung yang berkicau manis
Masih tamak haloba
Menginginkan ayam betina yang berisi
Semangat meluap-luap
Nak memikat dan memperolehi ayam yang menarik

Sangguplah lepaskan burung-burung di tangan
Mengejar ayam betina yang berisi
Hati riang dan menyeronok
Senyuman manis madu
Memeluk ayam betina dengan dua belah tangan

Tiba-tiba tak disangka-sangka
Ayam itu bersenyuman lain
Terbahak-bahak tak henti-henti
Jantung ditikam, kaki di pancung

Pada saat ini
Baru insaf dan sedar
Menghembus nafas yang terakhir
Menyaksi wajah sebenar ayam betina
Yang indah di luar, bisa bernanah di dalam

Ayam betina yang indah dan berisi
Menunggu kehadiran dan kedatangan
Angkatan Bung Presiden dan Jemaah
Dengan gigitan kejam dan berbisa
Menemui padah sudah terlambat masanya
Dihiris keping berkeping di mata keris tajam

Ayam betina bukan ayam sebenar
Musang berbulu ayam namanya
Sudah berkali-kali diberi peringatan
Jangan tamak memeluk ayam berisi

Kini baru menyedar
Musang berbulu ayam
Bukan sekadar ayam berkaki dua
Tapi kerana terlalu ghairah nak peluk hangat ayam
Akhirnya raga dipancung, jantung dihiris

Sejarah jangan dilupa
Jangan sangka diri ulama dan cedekiawan yang lihai
Bapa Malingsia pun digadai
Terpaksa hulurkan kuasa
Menunduk kepada "pejuang yang amat licik dan bertopeng"

Siapakah Bung Presiden dan Jemaah pimpinan
Adakah Bung setanding Bapa Malingsia
Yang akhirnya berundur ke belakang layar perak
Tak berkuasa, tak berwibawa
Kehilangan segala-gala
Malah tak bisa buat apa-apa
Menyedih diri, sunyi kesudahannya

Sejarah janganlah dilupa
Musang berbulu ayam sudah berkali-kali disaksi
Babak demi babak ditayang
Baru-baru Hang Nakhoda Abdullah
Meletak jawatan dengan hati sedih seribu hari
Kuasa dilucut kehilangan segala-gala
Masih terpaksa senyum seribu kali
Di hadapan ribuan penonton munafik lagi mengeji
Berjabat tangan dengan diktator M
Amat pilu lagi penuh keaiban

Lokomotif PAS yang dipandu Bung dan jemaah
Sedang menuju jalan buntu
Yang amat bahaya dan menjahanamkan
Meluka umat menghancur kawan sejati
Membawa semua ke ambang neraka yang ngeri


Untuk renungan bersama:
--Apabila dikatakan kepada mereka:"Janganlah kamu berbuat pengrosakan di atas bumi", lantas mereka menjawab: "Kami hanya membuat ishlah".
Ingatlah bahawa sesungguhnya mereka melakukan pengrosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.

Apabila dikatakan kepada mereka:"Berimanlah kamu seperti halnya manusia yang lain", lantas mereka menjawab:'Adakah kami akan beriman seperti imannya orang-orang bodoh?" Ingatlah, sesungguhnya merekalah yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahuinya.
...................(Q.S. Al Baqarah:8--20)

No comments:

Post a Comment